Syukur alhamdulilllah setelah seminggu berlalu, ramadhan karim dapat dirasai sehingga sekarang. Keberkatan ramadhan dan indahnya bulan ini tiada tandingan dengan bulan-bulan lain. Semoga kita semua tergolong dalam kalangan orang-orang yang dapat merasai nikmat shahruramdhan kali ini dan seterusnya. InsyaAllah...
Dan dengan pantas masa berlalu, seminggu sudah berlalu program sepetang bersama wardina safiyyah. Program sulung Pertubuhan Mahligai Sakinah ini sememangnya membuka mata semua golongan ibu bapa dan bakal ibu bapa betapa pentingnya asuhan anak-anak dari awal usia anak mereka. Perkongsian mantap dari Ustaz Azariza Alawi dan Puan Wardina Safiyyah diketuai oleh Puan Nikmatul Zaikha sememangnya seumpama sejuta berlian yang tidak dapat didapati dimana-mana.
Permulaan sesi bual bicara (Pusingan Pertama) yang dibuka dan diluahkan oleh Puan Moderator kepada Ustaz Azariza "Apabila mati seorang anak adam,terputuslah segala amalan dari dia kecuali tiga kebaikan : sedekah jariah yang ikhlas , ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang soleh yang mendoakan kebaikan untuknya". Manakala Puan Wardina mendedahkan kepada suasana pendidikan dahulu dan kini serta pendekatan dan cabaran yang berbeza.
Pusingan kedua pula pendedahan kepada proses pendidikan anak-anak bermula dengan pendidkan di dalam diri ibu bapa dan kaedah serta pendekatan yang digunakan untuk menyeimbangkan tangggungjawab dan tuntutan yang perlabai terutamanya sebagai selebriti dalam memberikan pendidikan kepada anak-anak berdasarkan kepada aspek yang digariskan oleh DR Abdullah Nasih Ulwan iaitu tanggungjawab pendidikan iman, akhlak, fizikal, intelektual, psikologis, sosial, dan seksual.
seterusnya diselang bersama sesi soal jawab dari peserta.
Moderator bersama 2 orang ahli panel
Suasana sepetang bersama wardina..........
Itulah antara suasana sekitar Sepetang bersama wardina safiyyah .InsyaAllah program akan datang akan menyusul.......
No comments:
Post a Comment