::Mahligai Sakinah::

Monday 21 March 2011

Stres....dan cara menanganinya

Stres adalah tekanan, tekanan, konflik, keletihan, ketegangan, panik, gemuruh, kemurungan dan hilang daya. Dan ia merupakan permasalahan popular pada abad ini. Pernahkah anda ingat, setiap kali kita berjumpa dengan orang ramai, mereka mesti mengatakan yang mereka selalu mengahdapi stres yang melampau dan dalam masa yang sama kita juga mengalaminya.

Stres bukanlah suatu penyakit tetapi jika kita tidak mengatasinya dalam waktu tertentu ia akan mengakibatkan kita mengalami banyak masalah dan yang paling utama adalah masalah kesihatan.

Melalui penelitian dan kajian yang dibuat:

-lebih dari 40 juta orang Eropah atau 1 dari 3 orang pekerja mengatakan merekam mengalami stres di tempat kerja

- Stres di tempat kerja adalah masalah kedua yang sering terjadi disamping masalah sakit punggung.

- Dari hasil kajian juga dikatakan bahawa lebih dari 1/4  pekerja tidak hadir selama 2 minggu dalam setahun kerana masalah kesihatan disebabkan oleh stres
(hasil kajian di Eropah)


Tips mengani stres:

1)   Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk 
      Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan        pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya,disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah diingati.

2)   Perbanyakkan membaca Al-Qur’an
Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.

3)   Banyakkan Solat Sunat
Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.

4)   Selalu berdoa kepada Allah
Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.

5)   Bersangka baik dengan Allah
Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang Berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan- Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.

6)   Lakukan kegiatan luar seperti bersukan
Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.

7)   Amal diet dengan disiplin yang kuat
Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis.

8)   Menangis dengan sepuas hati
Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. “Luaran lain hati lain” ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.

9)   Hargai kebolehan diri sendiri
Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.

10) Cintai diri sendiri
“Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain”. Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman. Kesimpulan Sebagai kesimpulannya, tekanan kerja bukanlah satu bebanan yang sukar untuk diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan penyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan dapat diselesaikan dengan jayanya

11) Senaman pernafasan.
Pernafasan membawa banyak manfaat, termasuk mengoksigenkan darah yang membangunkan otak, melegakan otot dan menteramkan minda kita. Tarik nafas melalui lubang hidung secara perlahan-lahan dan kuat dan hembuskan nafas melalui lubang hidung secara perlahan-lahan dan penuh . Semasa menhadapi tekanan, pernafasan menjadi lemah dan pantas. Bernafas dengan kuat merupakan satu cara yang efektif untuk mengekalkan keadaan tenang. Senaman pernafasan ialah berguna kerana ia boleh dibuat di mana- mana sahaja dan ia membawa kesan positif dengan serta merta. Kita hendaklah menjadikan senaman sebagai satu tabiat harian. 

     12) Tafakur (Meditation)
Apabila bertafakur bersendirian tanpa apa-apa gangguan , otak anda menjadi tenang dan hormon tertentu yang memajukan kesihatan dibebaskan. Minda yang senang dan lega membantu kita mengelakkan tekanan jiwa. Setiap hari kita perlu membelanjakan sekurang-kurangnya lolima belas minit untuk bertafakur. 

     13) Pengurutan (Massage).
Terapi pengurutan mengurangkan denyutan jantung dan melegakan badan anda. Ia juga menambahkan kecerdasan minda kita. Minta sahabat anda memberi massage atau dapatkan khidmat seorang professional bagi membantu anda. 

     14)  Kelegaan otot.
Berbaring, bersenang-senang dan dan membiarkan otot anda di muka, tangan, bahu dan leher mengendur sekuarang-kurangnya tiga minit. Latihan ini boleh dibuat mana-mana sahaja dan ini boleh membantu anda berasa tenang dengan cepat dan mudah.

      15) Muzik.
Terapi muzik mendatangkan banyak faedah kesihatan bagi mereka yang mengalami tekanan dan juga kesakitan yang teruk. Muzik yang sesuai boleh mengurangkan tekanan darah, melegakan badan dan mententeramkan minda anda. Anda perlu memilih muzik ringan dan yang anda sukai dan denganya setiap hari.

Thursday 17 March 2011

Mutiara kata Keluarga Bahagia

Bahagiakanlah keluarga kita sebelum membahagiakan orang lain.

Kesolehan keluarga menjadi penentu bagi tegaknya sesuatu bangsa yang aman, makmur dan sejahtera.
Sebahagian dari kesempurnaan kebahagiaan di dunia adalah memiliki keluarga yang bahagia.

Ciri orang yang mencintai keluarganya adalah dia selalu bersabar dalam mendidik akhlak dan keimanan keluarganya.

Seorang yang bekerja keras untuk menunaikan tanggung jawab kepada keluarganya adalah bukti kasihnya kepada keluarganya.

Tingginya darjat suami ditentukan oleh perjuangannya menjadi pemimpin rumah tangga, sehingga dituntut menjadi teladan yang baik bagi keluarga yang dipimpinnya.

Sesungguhnya keluarga itu tempatnya yang aman dan selesa dalam berkongsi suka dan duka.

Kasih sayang yang terjalin diantara anak dan ibubapa mampu melahirkan sikap jujur dan terbuka.

Kekuatan cinta yang tulus mampu menggerakkan lisan untuk senantiasa berterima kasih kepada pasangan, anak ataupun ibubapanya.

Mencintai keluarga adalah amanah bagi setiap manusia.

Pecinta keluarga tidak akan membiarkan dalam rumahnya berlaku keburukan dan kemaksiatan.

Anak-anak lebih memerlukan contoh dan keteladanan dari kedua ibu-bapa mereka daripada celaan dan kekerasan.

Kehidupan kita akan berubah apabila dimulai dengan perubahan diri, keluarga dan persekitaran.

Mahkota orang tua adalah anak cucunya dan kehormatan anak-anak adalah kerana nenek moyang mereka.

Apabila setiap ahli keluarga saling mencintai, menyayangi, dan saling mengalah, nescaya seluruh masyarakat akan menjadi baik, aman dan damai.

Keharmonian keluarga terletak pada sikap tanggungjawab dan terbangunnya komunikasi yang sihat diantara ahli keluarga.

Komunikasi dalam keluarga akan senantiasa terpelihara selama komunikasi dengan Allah pun tetap terjaga.
Keluarga yang dekat dengan Allah akan menjadi keluarga yang layak ditolong olehNya dalam setiap urusannya.

Rasul saw bersabda, paling dekat dengan ku kedudukannya kelak pada hari kiamat adalah orang yang paling baik akhlaknya dan sebaik-baik kamu ialah yang paling baik terhadap keluarganya.

Barangsiapa bersusah payah mencari nafkah untuk keluarganya, maka dia adalah seumpama seorang mujahid dijalan Allah.

Warisan termahal dan terbaik dari diri kita untuk keluarga, keturunan, dan masyarakat adalah keindahan akhlak kita.

Allah mencintai orang-orang yang selalu berjuang memperbaiki diri, keluarga dan masyarakat.
Cintailah suami atau isteri kita dengan memuliakan ibubapa dan keluarganya.

Bagaimana kita bersikap kepada anak-anak kita, begitu pulalah mereka akan bersikap kepada kita. Maka berikan sikap yang terbaik kepada mereka

Jika Allah cinta kepada sebuah keluarga, maka salah satu cirinya ialah keluarga itu dibukakan hati untuk ilmu agama.

Kebahagiaan sesuatu keluarga bukanlah diukur dari segi mata-benda, tapi sejauh mana keta’atan keluarga kepada Allah.


Ibadah seorang ibu adalah modal bagi lahirnya anak-anak yang soleh yang akan menjadi benteng bagi ibubapanya kelak di akhirat.

http://permatakata.wordpress.com/2008/04/17/mutiara-kata-keluarga-bahagia/

Sunday 13 March 2011

Bebaskan Diri Dengan Syariat

Bebaskan diri dengan syariat (baca betul-betul), bukan "dari syariat" . Menjadi hamba Allah dengan erti kata sebenar... itulah hakikat kemerdekaan diri kita. Dan untuk cuba menjelaskannya, mari kita ikuti tulisan ini...

Seorang isteri memberitahu dia terpaksa menipu suaminya setiap kali ingin balik kampung menziarahi orang tuanya. Menurutnya dia terpaksa berbuat demikian kerana suaminya tidak berapa suka dia menemui kedua ibu-bapanya. Jadi, tidak ada jalan lain baginya selain 'curi-curi' balik di belakang suami. Alasan yang sering diberikan, kerja banyak di pejabat atau sekali-sekala terpaksa 'out station'.

Cerita di atas saya dengar dari mulut seorang sahabat. Dan dia mendengar luahan isteri itu menerusi radio dari sebuah stesyen yang diminati ramai. Saya tanyakan padanya, bagaimana respon orang ramai yang mendengar? Beliau menjawab, "hampir semua menyokong. Malah memberi galakan untuk dia terus berbuat demikian."
Saya diam. Sekali imbas, memang patut siisteri berbuat demikian. Tetapi kemudiannya, saya terfikir... logik kita tidak semestinya sama dengan syariat Allah. Seringkali apa yang kita fikirkan patut, tidak patut pada pandangan Allah.

Apabila dirujuk kepada syariat, apapun alasan dan hujahnya, dia tidak boleh berbuat demikian. Walaupun tegahan suami patut atau tidak patut, ada alasan atau semata-mata emosi, tetapi itu bukan alasan untuk siisteri mengengkari suaminya. Isteri yang solehah akan mematuhi suaminya walaupun dengan kepatuhan itu dia terpaksa membelakangkan ibu-bapanya. Walaupun kepatuhan itu tidak menutup pintu perundingan, namun apabila suami membuat sesuatu keputusan maka isteri wajib mematuhinya.

Moral kisah di atas ialah dalam apa juga keadaan, seorang Islam tidak boleh memandai-mandai dalam membuat keputusan. Baik kita sebagai isteri, suami , pemimpin ataupun rakyat, wajib merujuk kepada syariat dalam setiap perlakuan, keputusan dan pertimbangan. Percayalah pada setiap sekecil-kecil perkara hingga kepada sebesar-besarnya, hukum syariat yang lima – wajib (halal), haram, sunat, makruh dan harus sentiasa memantau kita.

Apakah sekecil-kecil perkara yang boleh dijadikan contoh? Katalah menguap. Itu satu contoh yang sangat kecil, Bagi sesetengah orang menguap hanyalah soal remeh. Tetapi sebenarnya tidak begitu. Menguap itupun tertakluk pada lima hukum. Menguap boleh jadi wajib, boleh jadi haram, sunat, makruh atau harus. Bagaimana ya?

•    Menguap jadi wajib sekiranya dengan tidak menguap boleh memudaratkan tuan punya badan. Katalah kita terlalu mengantuk... menguap adalah tindakan biologi seseorang yang mengantuk. Tetapi oleh kerana kita malu (di khalayak ramai atau di majlis-majlis tententu), kita menahan diri untuk menguap sehingga ke tahap yang boleh memudaratkan (jatuh pengsan atau sakit kepala). Maka ketika itu wajib kita menguap. Wajib ertinya, perlu menguap dan diberi pahala. Sekiranya tidak menguap jatuh dosa.

•    Menguap jatuh haram sekiranya kita pura-pura menguap untuk menyakitkan hati orang lain. Katalah semasa mendengar satu ceramah, kita bosan dan benci pada penceramahnya. Lalu kita pura-pura menguap untuk 'memberitahu' penceramah kita benci atau bosan. Menguap ketika itu menjadi isyarat untuk 'menghalau' atau menyuruh sipencermah sakit hati dan berhenti. Pada waktu itu menguap jatuh haram. Dibuat berdosa, ditinggalkan berpahala.

•    Menguap hukumnya sunat jika dilakukan mengikut sunnah Rasulullah, yakni dengan menutup mulut dan membaca taawwuz . Kerika itu berdoa kelihatan sopan dan tertib sekali. Bukan sahaja indah dipandang mata manusia, tetapi disukai oleh Allah. Dengan menguap seperti itu, hukumnya sunat. Sangat digalakkan dan diberi pahala.

•    Menguap hukumnya harus dalam mana-mana posisi tubuh. Harus menguap dalam keadan berdiri, duduk atau berbaring. Tidak semestinya menguap mesti dalam keadaan duduk. Ertinya, boleh menguap dengan 'gaya bebas'. Harus hukumnya.

•    Bila menguap jatuh makruh? Perbuatan makruh, walaupun tidak haram, tetapi ntidak disukai Allah dan hodoh pada pandangan manusia. Menguap jatuh makruh sekiranya dilakukan tanpa sopan misalnya membuka mulut lebar-lebar tanpa menutupnya. Hingga dengan itu kelihatan begitu buruk dan cela dipandang orang. Allah tidak suka cara menguap begitu. Kebencian Allah ke atas perkara-perkara makruh, walaupun tidak berdosa tetapi elok sangat ditinggalkan. Malah, jika ditinggalkan berpahala pula.

Ya, tujuan saya bukan untuk menjelaskan prinsip dan soal-soal kaedah menguap sebenarnya. Tetapi apa yang ingin saya paparkan, sekiranya dalam soal sekecil-kecil seperti menguap itupun ada lima hukum yang menyuluh, tegasnya da kemungkinan mendapat pahala dan dosa, redha atau murka Allah... apalagi dalam soal-soal yang lebih besar seperti soal makan-minum, berpakaian, mengatur famili, mengatur sistem kewangan dan ekonomi, pendidikan, budaya, hiburan hinggalah kepada urusan pentadbiran dan pemerintahan negara.

Anehnya, ramai manusia termasuk orang Islam masakini seolah-olah ingin lepas bebas daripada syariat. Apa yang difikir, dipertimbangkan dan diputuskannya tidak langsung dikaitkan dengan syariat. Semuanya berasaskan logik akal dan dorongan emosi. Pada pendapat saya, pada hemat aku.... Begitulah yang kerap kita dengar. Bila diperingatkan hidup mesti berpandukan syariat, tidak kurang yang merasakan itu seolah-olah mengikat. Tidak merdeka. Ketinggalan zaman. Terlalu ideal. Begitu sesetengah pihak membuat tanggapan.

Bebas daripada syariat, bererti bebas dariapada Allah. Dan bebas daripada Allah bererti terikat dengan hawa nafsu. Hawa nafsu akan membawa kepada kemusnahan diri dan orang lain. Bebas tapi terbabas. Kembali kepada cerita isteri dan suami di awal tulisan ini... jika suami merujuk kepada syariat, dia tidak akan 'sekejam' itu. Bukankah syariat menetapkan ibu dan bapa mertua berkedudukan sama seperti ibu dan bapa kita kita sendiri? Seorang suami perlu mentaati, mengasihi bahkan menyayangi ibu dan bapa mertuanya dengan sepenuh hati. Berpandukan syariat sisuami tidak akan menjadi pemisah kasih-sayang anak (isterinya) dengan bapa dan ibunya (ibu dan bapa mertuanya).

Berpandukan syariat juga, seorang isteri tidak boleh 'mencuri-curi' menziarahi ibu-bapanya kerana membuat sesuatu tanpa izin suami (dalam konteks ini keluar rumah) adalah haram hukumnya. Walaupun hati sangat ingin, tetapi kawallah keinginan itu kerana Allah demi mematuhi suami. Ingatlah, ketika itu siisteri bukan mematuhi suami secara membuta tuli, tetapi hakikatnya mematuhi Allah. Ingatlah, kepatuhan kita kepada suami akan menjadikan kita isteri yang solehah, dan isteri yang solehah akan dapat menyelamatkan kedua ibu-bapanya kerana itu merupakan 'amal jariah' yang berterusan pahalanya untuk kedua ibu-bapa kita.

Pemikiran berasaskan Tauhid (Tauhidic Mindset) perlu ada pada setiap kita. Bila pemikiran Tauhid ini kukuh secara otomatik kita akan merujuk kepada syariat dalam apa jua kelakuan dan tindakan. Bila kita yakin Allah Maha Bijaksana, tergamakkah kita mendahului 'kebijaksanan' kita dengan membelakangkan kebijksanan-Nya? Bahkan kita akan sentiasa memastikan kebijaksaan kita yang kecil dan kerdil ini tunduk kepada kebijaksanaan-Nya yang tiada bandingan dan tandingan itu. Hati akan sentiasa terdetik, apa 'kata' Allah dalam setiap situasi dan kondisi yang sedang kita hadapi.

Seorang sahabat, pernah menghadiahkan saya sebuah buku 'Halal Dan Haram Dalam Islam' karangan Dr. Yusuf Qaradhawi – dan saya merasa buku yang sarat ayat Quran dan hadis itu sangat berguna sebagai teman rapat dalam kehidupan. Menurut ulama, iman itu bukan sekadar kepercayaan dan keyakinan, tetapi tindakan dan kepatuhan. Sungguhpun kekadang kita belum nampak 'hikmah' dan kebaikan di sebalik hukum syariat – dan ketika itu hati kita bertanya, kenapa begitu, tidak begini?

Yakinlah, bahawa saat itu sebenarnya akal kita 'tidak sampai' buat menjangkau kejituan dan kemurnian syariat. Bukan syariat itu tidak indah, tetapi akal dan hati kita yang rabun atau buta... seperti kelelawar yang tidak dapat melihat pada waktu siang. Bukan siang yang tidak cerah, tetapi mata kelawar yang tidak mampu menatapnya! Jadi setiap kali terasa begitu katakan pada diri, "ya allah, aku tidak nampak lagi di mana hikmah-Mu menetapkan demikian. Ilmuku yang terbatas tidak mampu menjangkau ilmu-Mu yang Maha Luas. Tetapi aku tetap yakin... Engkau Maha Benar yang Allah. Syariat-Mu tetap benar, betul dan baik." Ingat selalu, terikat dengan syariat itulah kemerdekaan yang sebenarnya!

Artikel Dari: Pahrol Mohamad Juoi  Editor: nurilla88

Wednesday 9 March 2011

Perkenalan Untuk Semua

Assalamualaikum

Alhamdulillah selepas setahun pertubuhan menyepi, akhirnya dapat juga beroperasi sepenuhnya sebagai Pertubuhan Mahligai Sakinah bersama nombor pendaftaran 1102-2010-Kel. Pertubuhan Mahligai Sakinah akan beroperasi sepenuhnya dan akan beroperasi di Medan Usahawan Perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV Kota Bharu.

Dan bersama ini kami perkenalkan logo terbaru Pertubuhan Mahligai Sakinah

Objektif utama pertubuhan ini lebih mendorong kearah konsep kekeluargaan dimana aspek yang sangat penting dalam sesebuah negara. Membentuk keluarga dari perspektif islam sebenar merupakan hasrat penting pertubuhan ini. Dan banyak lagi program-program susulan akan dijalankan.

Jika terdapat sebarang cadangan bagi memperkemaskan lagi Pertubuhan Mahligai Sakinah amat kami alu-alukan.

Sebarang Perhubungan boleh la hubungi kami di-
1)pertubuhanmahligaisakinah@gmail.com
2)www.facebook.com/mahligai sakinah
2)No tel: 019-9358134
3)Faks:09-7432010

Semoga mawaddah warahmah MU bersama kami..Amin Ya Rabbal A'lamin