Ada yang mengatakan bahawa sebahagian sahaja kanak-kanak kecil yang hisap ibu jari. Namun fakta menjelaskan bahawa semua kanak-kanak melakukannya! Keadaan ini membimbangkan ibu bapa kerana tabiat ini jika dibiarkan berterusan akan merosakkan gigi. Ibu bapa juga perlu tahu bahawa perilaku ini terbentuk secara semula jadi kepada seorang kanak-kanak kecil sama ada kerana lapar, mencari keselesaan, atau hanya ingin tahu mengenai anggota badannya. Jangan tarik ibu jarinya daripada mulutnya jika setiap masa dia melakukan tabiat itu. Tindakan ini tidak betul. Apa yang perlu, ibu bapa harus ingat bahawa tabiat ini akan beransur hilang apabila bayi mencapai usia tiga hingga enam tahun.
Kelaparan
Alasan lain hisap jari ialah apabila seorang kanak-kanak kecil telah selesai menyusu susu formula atau penyusuan ibu. Dia secara beransur-ansur akan menukarkan kepada jarinya. Ada pakar menyebut bahawa kanak-akan kecil yang diberi susu setiap tiga jam tidak akan menghisap ibu jari mereka berbanding yang diberi setiap empat jam.
Bagaimanapun, ada sesetengah anak kecil telah mula menghisap ibu jari mereka selepas ibu melahirkannya. Malah ada juga semasa dalam rahim.
Hisap jari juga bukan untuk mendapat perhatian jika dia melakukannya dalam beberapa waktu sebelum waktu makan. Ia bersikap begitu kerana dia lapar.
Namun jika selepas makan, masih menghisap ibu jari, ia petanda anda perlu menghentikan tabiat itu. Ingat, perilaku ini perlu segera dikawal sebelum ia berubah menjadi tabiat.
Menghisap puting Secara umumnya bayi yang menyusu susu ibu kurang menghisap ibu jari mereka. Ini kerana biasanya bayi akan menghisap puting payu dara ibu sehingga puas. Biarpun usianya sudah meningkat dua tahun dan payu dara ibu sudah tidak bersusu, dia tetap akan mencari puting payu dara.
Proses ini akan berlangsung antara 5 atau 6 minit sahaja dan ia sekadar untuk menghisap main-main sahaja atau sekadar melepas rasa “gian”.
Mengurangkan Penyusuan
Apabila bayi ini semakin besar, secara semula jadi dia tidak memerlukan penyusuan secara kerap. Bagaimanapun, jika dia masih mempunyai satu tabiat hisap ibu jarinya, anda perlu berfikir mempertimbangkan sama ada mahu meningkatkan jumlah penyusuan atau tidak. Secara amnya bayi perlu meneruskan untuk tumbesarannya.
Enam Bulan Masih Hisap Ibu Jari
Kanak-kanak kecil mempunyai satu desakan naluri untuk menghisap, tetapi desakan ini biasanya menurun secara semula jadi apabila usia tiga atau empat bulan. Jika anak kecil anda menghisap ibu jarinya biasanya melebihi umur ini, dia melakukannya untuk mencari keselesaan. Kanak-kanak sebegini dilihat sebagai seorang yang pendiam dan mudah kecewa dan sebagai jalan keluar dia akan melakukan tabiat itu.
Tumbuh Gigi
Bayi yang tumbuh gigi mempunyai satu tabiat menghisap ibu jari, jari atau tangan. Ini mungkin membantumelegakan tekanan dari gusi mereka. Ibu bapa harus cuba untuk tidak keliru dalam hal ini dengan tabiat hisap jari. Bayi yang mempunyai tabiat menghisap ibu jarinya, mungkin akan meneruskan tabiatnya walaupun dia sudah tumbuh gigi. Namun, lama-lama kelamaan tabiat itu akan hilang bila dia mula bersosial dan meneroka persekitarannya dengan lebih luas.
Kesan Negatif Hisap Jari
Menurut sebuah artikel yang dipetik daripada laman web Sihatselalu.com, kanak-kanak berusia bawah 6 tahun lebih berisiko tinggi bila menghisap jari atau puting botol kerana pembesaran bahagian mulut dan rahang mereka amat aktif. Apabila ada tekanan di lelangit, gigi dan rahang, ia dengan mudah mengubah bentuk asal bahagian mulut.
Banyak kajian pakar ortodontik mendapati amalan menghisap jari dan puting menjadi faktor utama perubahan struktur rahang dan gigi. Selain suka menghisap jari, gigi berlapis, bentuk gigi yang abnormal dan kehilangan gigi akibat rosak atau kemalangan juga menjadi faktor kepada pembentukan gigi jongang. Untuk mengikuti lebih lanjut tentang masalah jongang ini, ikuti kupasan lanjut bulan hadapan.
Tip Mudah
1. Jangan membuat anak anda berasa selesa apabila dia hisap ibu jarinya.
2. Jangan berleter kepada anak anda.
3. Cuba sibukkan dia dengan satu permainan apabila beliau mula mahu menghisap ibu jarinya.
4. Bina keyakinan kepadanya.
5. Jangan tarik ibu jarinya kerana dia cenderung untuk meneruskan tabiat itu.
Dapatkan Majalah Pa&Ma keluaran OGOS 2011 di pasaran.
Untuk Langganan : Karangkraf Mall
Untuk Langganan : Karangkraf Mall