::Mahligai Sakinah::

Sunday, 8 May 2011

Selamat Hari Ibu

Assalammu’alaikum Warakhmatullahi Wabarakaatukh.


Penyambutan Hari Ibu (panggilan manja ku terhadap beliau adalah mama dan bukan ibu! hehe) bukan
sahaja diraihkan pada haribulan 8 May. Malah ia harus disambut pada setiap hari dan setiap waktu.
Ini kerana Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam sendiri telah mendidik dan mengajar kita tentang 
peri pentingnya menyayangi dan menjaga ibu kita dengan sebaik mungkin. Baginda Sallallahu Alayhi
Wa Sallam telah menegaskan di dalam sebuah hadeethsnya dimana kita harus meletakan sifat 
hormat terhadap ibu kita sebanyak tiga kali.

Ibu, mama, ummi atau apa sekalipun panggilan manja yang anda gunakan untuk memanggil 
mereka tetap sahaja niat dan tujuan kita semua sama. Adalah untuk memanggilnya dengan
panggilan yang beliau suka dan merasakan lebih dihormati oleh setiap anak-anaknya. Jika kita 
mengambil masa dan waktu yang terluang untuk mengimbas kembali di saat-saat mereka 
bersabung nyawa ingin melahirkan kita ke dunia, Subhan-ALLAH! Tidak setanding dengan 
pemberian hadiah yang sudah kita berikan. Tangan yang mengayun buaian tanpa mengenal
erti penat adalah untuk kita semata-mata agar dapat merasakan nikmat tidur yang nyaman.
Tangan mereka juga tidak pernah kenal erti jemu mengasuh dan mendidik diri kita hinggalah
kita bisa melangkahkan kaki ke alam dewasa.

Jika kita diberi kesempatan untuk mengendong ibu kita di belakang bahu, lalu mengelilingi
 kaabah bersamanya sebanyak tujuh kali, belum tentu kita dapat membalas setitik air susu 
yang diminum kita sewaktu bayi. Masya-ALLAH! Kata-kata ini saya pinjam daripada 
Dr Haji Fadhillah Kamsah. Lihatlah wahai para sahabat ku, betapa hebatnya cinta seorang
ibu terhadap diri kita. Betapa hebatnya setiap kasih dan sayang yang telah diberikan oleh 
beliau! Namun, masih ramai di antara kalian semua yang tidak pernah mahu menghargai 
setiap kebaikan dan keikhlasan mereka itu. Malah kalian masih bisa mengguris dan 
membekaskan lagi luka di hati mereka.

 
Ingin saya berkongsi bersama dengan kalian akan hadeeths Rasulullah Sallallahu Alayhi 
Wa Sallam yang satu ini,


Sabda Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam yang maksudnya: “Redha Allah bergantung 
pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.”
(HR: Al-Hakim)

Tuesday, 3 May 2011

Kenali Pasangan Anda

Jika anda inginkan rumah tangga yang berjaya, anda perlu bersikap realistik dan terbuka. paling penting ketahui pelbagai perkara mengenai pasangan anda sama ada menerusi teman atau keluarganya.

Lihat persamaan

Lihat ciri keperibadian yang diingini

Jika anda menyukai keadaan yang kemas dan tersusun, maka amat penting anda memilih pasangan yang menyanjungi ciri ini serta menggunakannya untuk mengukuhkan lagi ikatan perkahwinan.

Lihat keserasian

Antara ciri yang amat penting dalam memilih pasangan adalah keserasian dalam keperluan kedua-dua pihak. Contohnya, dalam pergaulan sosial. Jika anda suka menghadiri majlis sosial (contohnya, majlis makan malam) tetapi pasangan anda tidak menyukainya, ia berkemungkinan menimbulkan pertelingkahan.

Lihat dan sahkan kekuatan serta kelemahan masing-masing

Lelaki yang menganggap dirinya lemah dari segi menguruskan rumah cenderung menganggap bakal isterinya berkebolehan dalam hal berkenaan tanpa memastikannya terlebih dulu. Ia sama seperti wanita mengandaikan bakal suaminya pandai membaiki peralatan rumah yang rosak. Andaian sebegini mempunyai risiko kerana lelaki dan wanita masa kini cenderung memiliki minat yang berbeza.
Lihat dan pertimbangkan ciri lain yang anda inginkan
Kaji setiap persahabatan anda pada masa lalu dan teliti jika ia memiliki corak perhubungan yang tidak anda sedari. Contohnya, lelaki mungkin memilih wanita yang tinggi dan kurus seperti ibunya, atau wanita mendapati semua teman lelakinya memiliki bersikap kompetitif - seperti bapanya. Jika anda menyedari wujudnya ciri itu, anda boleh menentukan sama ada akan memilih pasangan berdasarkan ciri berkenaan.

Bagaimana menambah kenalan?

Jika anda berhasrat menambah kenalan, bermula sebagai kawan dan seterusnya mungkin calon pasangan hidup, maka carilah jalan untuk mengenali mereka.

Serta kelab/persatuan

Menyertai persatuan atau kelab adalah cara terbaik untuk bertemu rakan baru. Jika anda menyertai persatuan yang aktivitinya amat anda minati, maka anda mungkin berpeluang menemui individu yang berkongsi minat yang sama. Minat yang sama adalah penting dalam mewujudkan persahabatan atau perkahwinan.

Melalui kawan anda

Tanya kawan anda jika dia mengetahui seseorang yang sesuai untuk anda. Minta kawan anda mengaturkan pertemuan. Banyak pasangan bertemu jodoh melalui cara ini.

Mulakan usaha memikat

Jika anda meminati seseorang, anda boleh memulakan sesebuah persahabatan. Walaupun tujuannya ialah untuk menentukan kesesuaian pasangan hidup, adalah penting jika ia bermula daripada hubungan persahabatan. Dengan cara ini anda mungkin dapat mengenali sikapnya yang sebenar.

Bahaya pertemuan pertama

Adalah bijak jika anda mengadakan pertemuan pertama dengan aktiviti ringan seperti pelawaan minum. Pilih tempat yang memudahkan anda masuk dan keluar jika anda tidak selesa dengan kelakuan si dia..

Adakah si dia sesuai?

Anda memerlukan masa untuk menentukan sama ada teman anda memiliki ciri perlakuan dalam pelbagai situasi yang anda inginkan. Inilah sebabnya tempoh percintaan yang singkat biasanya akan membawa kehampaan. Cara lain ialah mengatur situasi tertentu bagi memerhati tingkah lakunya. Contohnya, jika anda memilih untuk mengahwini seseorang yang sukakan kanak-kanak, bawalah dia berkelah bersama kanak-kanak. Ini memberi anda peluang memerhati tingkah lakunya yang sebentar.

Friday, 29 April 2011

INDAHNYA DIDIKAN AWAL ANAK CARA ISLAM OLEH MAZIDAH MUHAMMAD


Harga: RM 15.00 / RM 17.00

ISBN-13: 978-967-0142-27-2

Tarikh Terbit: 1 Apr 2011

Jumlah Muka Surat : 200
Kategori:
Penerbit: PTS Millennia Sdn Bhd

Assalamualaikum semua,
Buat pengetahuan semua, Pengerusi Pertubuhan Mahligai Sakinah yang juga
merupakan seorang penulis bebas  telah menghasilkan karya pertama beliau
iaitu "Indahnya Didikan Awal Anak-Anak Cara Islam" (Seperti diatas).

Melalui garapan pertama beliau tersebut, Isu yang dikupas lebih
menjuruskan cara pendidikan anak-anak bermula dari usia 0-2 tahun.
Banyak ilmu yang dapat dikongsi melalui karya tersebut.

Sinopsis:

Pendidikan berlangsung sepanjang hayat. Ia bermula daripada pemilihan calon
suami dan isteri ataupun bakal bapa dan ibu sehingga ke liang lahad.
Justeru, pendidikan bermula dari rumah dan guru yang pertama adalah ibu.
 
Indahnya Didikan Awal Anak Cara Islam adalah jawapan kepada persoalan 
para ibu bapa yang mahu memastikan permata hati mereka membesar dalam didikan sempurna yang disarankan Islam.
 
Indahnya Didikan Awal Anak Cara Islam menekankan enam aspek utama dalam pendidikan anak-anak merangkumi aspek rohani, kognitif, bahasa, emosi, jasadi dan sosialisasi. 
 
Keenam-enam aspek ini perlu difahami oleh ibu bapa dan dipraktikkan sepanjang proses perkembangan anak-anak bagi memastikan mereka mendapat pendidikan menyeluruh yang merangkumi aspek duniawi dan ukhrawi.
 
Pendidikan awal anak adalah peletakan batu asas yang penting supaya keseluruhan sistem
pendidikannya bergerak pada orbit yang betul berpaksikan prinsip tauhid. Hasrat pendidikan
awal anak adalah penyemaian benih bermutu bagi menjadikan keredaan Allah sebagai puncak
pencapaian pendidikan dan destinasi terakhir perjalanan manusia. 
 
Buku ini memberi fokus kepada peringkat pendidikan terawal anak secara sistematik dan praktikal. Lebih awal persiapan dibuat,lebih besar potensi bagi mencapai kejayaan.


Antara tajuk yang dikupas dalam buku tersebut:
1) Tema Pembangunan Rohani 
Panduan Mengenali Allah dan Mencintai Rasul 
Panduan Mengajar Solat 
Panduan Membaca Al-Quran
 
2)Tema Pembangunan Kognitif 
Keajaiban Otak Anak 
Deria dan Perkembangan Kognitif 
 
3)Tema Pembangunan Jasadi 
Asas Pembinaan Fizikal Menurut Perspektif Islam 
Kaedah Pembinaan Fizikal Menurut Perspektif Islam 
Tahap Perkembangan Fizikal Anak-Anak 
Kemahiran Pergerakan Motor 
Pantulan (Refleks) 
Kemahiran Pergerakan Motor Kasar dan Halus 
Pertumbuhan Fizikal Anak 
Perkara-Perkara yang Mempengaruhi Perkembangan dan Pertumbuhan Fizikal 
 
4)Tema Pembangunan Bahasa 
Asas Pembinaan Bahasa Menurut Perspektif Islam 
Asas Pembinaan Bahasa Menurut Perspektif Islam 
Peringkat Perkembangan Bahasa Anak-Anak 
Program Khusus Memperkenalkan Bahasa Kepada Bayi 
 
5)Tema Pembangunan Emosi 
Asas Pembinaan Emosi Anak Menurut al-Quran dan Sunah 
Perkembangan Emosi Bayi 
Keyakinan Kendiri 
 
6)Tema Pembangunan Sosialisasi 
Asas Pembinaan Sosialisasi Anak Menurut Al-Quran dan Sunah 
Kemahiran Berinteraksi 
Perkembangan Sosialisasi Anak-Anak 
Tingkah Laku Prososial 
Tingkah Laku Antisosial 
Adab-Adab Sosial 
 
Jika sesiapa yang berminat dengan hasil karya pengerusi Mahligai Sakinah boleh dapatkan dikedai buku terdekat....





 

Tuesday, 19 April 2011

16 CARA DIDIK ANAK BERBUDI BAHASA

Written by Ana Nasir    
Saturday, 21 March 2009 21:43 
Mengajar anak mengenai budi bahasa adalah suatu proses yang memerlukan masa yang
berpanjangan dan bukan dalam masa tempoh yang singkat. Membentuk anak mengenai
budi merupakan suatu proses yang berterusan. Anak – anak yang masih kecil suka akan 
peraturan dan secara umumnya suka akan sesuatu yang baru dalam hidupnya. Jadi apa
kata ikuti panduan untuk membentuk budi bahasa dalam diri anak – anak dan anda 
sebagai boleh ibu bapa, suatu hari nanti boleh berbangga dengan hasilnya!.

Ajar anak-anak mengenai apa itu hormat.
- Secara tidak langsung membuatkan mereka belajar untuk menghormati orang lain. 
Bukankah segalanya bermulanya dari rumah? Jadi, cakap dengan baik kepada anak 
dan tingkah laku itu akan membuatkan anak melakukan perkara yang sama kepada 
orang lain.

Bantu lakukan kerja rumah.
- Biarkan anak melakukan kerja rumah yang mudah seperti membuang sampah
ataupun membawa pinggan plastik dan diletakkan di atas meja. Aktiviti ini 
merupakan suatu pengenalan kepada anak untuk membantu ahli keluarga
membersihkan rumah serta jangan lupa untuk mengajarnya asas tatatertib 
menggunakan telefon.

Praktik kesopanan dalam keluarga.
- Setiap ahli keluarga perlu mempraktikkan perkataan ‘ tolong ‘ dan ‘ terima kasih ‘
Jadikan ia suatu ungkapan yang wajib dalam keluarga. Jika anak terlupa untuk 
untuk mengucapkan terima kasih, buat sesuatu untuk mengingatkannya seperi
berkata, ‘ Ibu sedang menunggu ni…’ dan pastinya dia sedar bahawa anda sedang 
menunggu untuk dia ucapkan ' terima kasih ‘.

Mudah meminta maaf dan memaafkan.
-Galakkan anak untuk meminta maaf apabila telah melakukan kesalahan. 
Jadikan ungkapan meminta maaf sebagai satu kebiasaan. Ini akan membuatkan 
dia lebih disenangi dalam pergaulannya.

Memberikan pujian.
-Berikan pujian berbanding kritikan apabila anak melakukan perkara yang betul. 
Bagi anak-anak, pujian adalah kata-kata yang menakjubkan. Biarkan anak tahu 
bahawa anda sangat bangga apabila dia menunjukkan sikap yang sopan setiap masa.

Kongsi permainan dengan kanak-kanak lain.
-Berikan kata-kata pujian apabila dia sedia berkongsi dengan orang lain.
Katakan kepadanya sikap suka berkongsi barang membuatkan dirinya 
disukai ramai.

Jangan terlalu inginkan hasil yang cepat.
- Melatih anak mengenai budi bahasa bukan suatu yang mudah. 
Dalam tempoh itu pelbagai kesalahan dilakukan. Ia merupakan suatu 
proses percubaan sama ada boleh dilakukan atau tidak. Anak akan 
belajar dari kesilapannya.

Menggunakan penggunaan ayat yang betul.
-Jika anak menggunakan perkataan. ‘ Adik mahu air,’ betulkan 
penggunaan ayatnya dan berkata, ‘ Boleh ibu tolong ambilkan adik air,?’ 
dan minta anak anda ulangi ungkapan tadi.

Duduk di meja dengan kedudukan yang sopan.
- Jangan membuat bising dan makan dengan sopan supaya tiada makanan 
atau minuman yang tumpah. Paling penting, jangan bergaduh di meja makan.

Menjadi model tatatertib kepada anak.
-Jika mulut anda penuh dengan makanan, jangan bercakap kerana anak
akan mengikut apa yang anda lakukan.

Berlatih untuk duduk diam di meja makan.
-Lakukan dalam tempoh masa 15 ke 20 minit. Ini akan mengajar anak
berdisiplin di meja makan tanpa melakukan sebarang perbuatan yang 
mungkin membuatkan anda marah.

Gunakan perkataan ‘ tolong ‘.
-Guna perkataan ini apabila mahu meminta anak mengambil barang yang mahu.
Pastikan barang itu mudah untuk diambil dan tidak mudah pecah.

Komen.
-Jangan membuat komen yang tidak baik mengenai makanan di hadapannya.
Jika tidak mahu katakan ‘ tidak, terima kasih ‘

Minta kebenaran.
-Jika anak merampas barang permainan rakannya, katakan kepadanya,
‘ perbuatan kamu ini tidak baik kerana mengambil barang kawan tanpa kebenaran’

Salam.
-Menghulurkan tangan untuk berjabat salam apabila berjumpa dengan 
orang yang lebih tua daripadanya. Ia mampu melahirkan perasaan hormat 
dalam diri anak.

Suara.
-Beritahu kepadanya tempat yang perlu bersuara kuat dan tempat yang 
perlu bersuara perlahan.

Ramai anak-anak sekarang belajar berkomunikasi dari rakan-rakan sebaya 
mereka. Akibatnya mereka mempelajari bahasa kasar dan bahasa yang 
tidak sesuai untuk berkomunikasi. Oleh itu, dedahkan hidup anak-anak 
dengan persekitaran yang cemerlang!
                                                                                                                                                                                           
References : Pa & Ma

Thursday, 14 April 2011

Kenali Corak Pergerakan Bayi


Aktiviti bayi iaitu menendang, berguling dan bergoyang yang anda rasai berbeza sepanjang tempoh kehamilan. INTAN JASTINA JAMALUDDIN membantu anda memahami corak pergerakan bayi.

Pengalaman merasai bayi berputar, menggeliut, menumbuk, menendang dan tersedu merupakan salah satu daripada fasa kehamilan yang anda lalui. Ada ketikanya anda mungkin gusar tentang pergerakan bayi. Persoalan seperti adakah bayi cukup menendang atau terlalu banyak selalu muncul di minda. Tidak kurang juga ada yang beranggapan bayi mempunyai 2 pasang kaki disebabkan kekerapan dia menendang.


Trimester Pertama
Bermula daripada awal usia kehamilan hingga penghujung 3 bulan pertama, trimester awal ini merupakan masa di mana perkembangan pantas dan menakjubkan berlaku. Namun, jangan pula menjangka sebarang pergerakan bayi. Ketika ini, bayi masih terlalu kecil untuk membolehkan anda mengalaminya. Biarpun begitu, di dalam rahim, ketahuilah dia sudah boleh melonjak tetapi sayangnya, anda tidak mungkin dapat merasainya.

Trimester Kedua
Pada trimester ini, bayi anda sudah mampu sekurang-kurangnya menghisap ibu jari, menendang dan menghentam. Sesetengah wanita yang terlalu kurus atau yang pernah hamil sebelum ini mungkin boleh merasai pergerakan pertama bayinya seawal bulan ke-4. Namun, kebanyakan wanita tidak perasan atau mengenal pasti sentakan dan pergerakan pantas di mana ia dapat dirasai seperti angin atau kekejangan otot.


Pada bulan ke-5 pula, kebanyakan wanita dapat merasai kegelisahan dan rasa gemuruh bayi. Pergerakan bayi akan mula menjadi seperti gerakan akrobatik sebaik sahaja ototnya kuat dan kemahiran motornya berkembang. Namun, dia masih kecil untuk melakukan pergerakan tungging terbalik.

Apabila anda mula merasai “karate” pertamanya, jangan panik jika ia berlaku semula selepas beberapa jam. Malah ada juga yang merasainya selepas sehari atau dua. Pada tahap ini, saiz bayi masih kecil. Jadi, adalah normal untuk anda tidak merasai pergerakan yang tetap. Walau bagaimanapun, jika anda tidak merasai sebarang pergerakan sehingga pertengahan bulan ke-5, pastikan doktor yang merawat melakukan ujian imbasan ultra bunyi untuk memantau keadaan bayi.

Bayi akan mula banyak bergerak setelah usianya mencecah 6 bulan. Pergerakan kakinya lebih mengikut irama dan anda akan mula perasan tepukan kaki si kecil. Disebabkan kesibukan anda menjalani rutin harian, anda mungkin perasan bahawa bayi lebih aktif sebaik anda beristirehat terutamanya di waktu malam. Malah selepas anda mengambil snek pun, dia menjadi aktif apabila kandungan gula dalam darah memberi tenaga tambahan kepadanya. Antara lain, sewaktu anda berasa gemuruh, pengalaman yang sama dapat dirasai kerana adrenalin memberi kesan yang sama kepada bayi.


Trimester Ketiga
Pada usia kandungan 7 bulan, rahim semakin sempit. Namun, bayi masih mempunyai ruang untuk berpusing dan melambung. Dia juga semakin kuat. Jadi, tumbukannya benar-benar boleh membuatkan anda terkejut. Perlu anda ingat! Bayi adalah individu. Corak pergerakannya dengan bayi yang lain adalah berbeza. Jadi, jangan bandingkan pergerakannya dengan bayi dalam kandungan wanita yang lain. Malah, anda jangan tertekan jika bayi kurang aktif.

Berat bayi yang semakin bertambah pada usianya 8 bulan membuatkan ruang dalam rahim semakin sempit. Pergerakan akrobatiknya semakin berkurangan tetapi anda akan tetap boleh merasai dia menggeliang geliut dan berputar. Pada ketika ini juga, anda mungkin boleh merasai tusukan siku dan lututnya.

Pada usianya 9 bulan, anda tidak dapat merasai tendangan yang menumbuk-numbuk tetapi lebih kepada senggutan dan sepakan hingga menyentak anda daripada apa sahaja yang sedang anda lakukan ketika hal ini berlaku. Malah, anda mungkin akan mengalami kesakitan setiap kali kaki bayi terkena rusuk anda. Untuk melegakannya, ubah posisi atau miringkan pelvik anda.

Pergerakan Di Akhir Kehamilan
Pada minggu-minggu terakhir, bayi akan berada di dalam mangkuk pelvis dan bersiap sedia untuk dilahirkan. Kepala bayi dapat dirasai seolah-olah sebiji tembikai yang menekan lantai pelvis.

Pergerakan Pertama
Kebanyakan wanita akan merasai pengalaman tendangan pertama bayi sekitar minggu ke-13 hingga ke-25. Sesetengahnya dapat merasai bayi bergerak seawal minggu ke-13 hingga ke-16. Pergerakan pertama ini dikenali sebagai quickening. Ia sering digambarkan sebagai getaran. Ia mungkin sukar untuk tentukan sama ada apa yang anda rasai ialah angin atau pergerakan bayi. Namun, lama-kelamaan anda berupaya mengenal pasti corak pergerakannya. Ibu yang pertama kali hamil mungkin tidak dapat merasai pergerakan ini seawal seperti yang dialami oleh ibu hamil beberapa kali. Ketahuilah, ada ibu baru yang langsung tidak berpeluang melalui pengalaman ini sehingga kehamilannya masuk minggu ke-18 hingga ke-20.

Apabila kepala bayi “turun” ke dalam pelvis, anda akan terasa “ringan”, disebabkan kurangnya tekanan yang dahulunya berlaku di bawah tulang rusuk. Pada peringkat ini, anda tidak lagi merasai pergerakan yang biasa dilakukan bayi. Sebaliknya, anda mungkin mengalami tendangan yang tidak henti-henti di bawah tulang rusuk sama ada di sebelah kiri atau kanan (dipengaruhi oleh posisi bayi).

Carta Tendangan
Kebanyakan wanita dinasihatkan supaya mengesan pergerakan bayi dengan menggunakan carta tendangan. Anda perlu merekod pergerakan bayi sehingga jumlahnya mencecah 10 tendangan. Sebaik-baiknya pada waktu yang sama setiap hari. Carta ini membantu anda memahami pola gerakan bayi. Sekiranya terdapat sebarang perubahan dalam pola tersebut, berjumpalah dengan doktor anda dengan segera untuk mengetahui puncanya.

Dapatkan Majalah Pa&Ma keluaran April 2011 di pasaran.
Untuk Langganan :  Kraftangan Mall

Kenapa kita melahirkan anak?


Keindahan sebuah perkahwinan sering digambarkan oleh setiap pasangan yang bakal berumah tangga. Ia bukan sahaja menggambarkan keseronokan menjadi isteri atau suami, perkahwinan itu juga sebagai mengerat kasih saya mereka selama ini.

Di samping itu, pasangan juga inginkan anak yang ramai sebagai penyambung zuriat. Adakah anda tahu tujuan sebenar melahirkan zuriat.

Antara tujuan mengapa kita wajar melahirkan zuriat:



1.Amanah – anak ialah amanah Allah yang perlu dipelihara dengan sempurna dan dilunaskan segala keperluannya sehingga baligh bagi lelaki dan berkahwin bagi perempuan.


2.Tanggungjawab – anak bertanggungjawab menghormati ibu bapa dan menjaga ibu bapa yang sudah tua. Ini ialah harapan setiap pasangan. Ketika usia meniti senja mereka perlukan belaian dan kasih sayang orang  yang hampir dengan mereka, misalnya anak-anak.


3.Penawar – anak sebagai cara meleraikan kekusutan perhubungan suami isteri yang bermasalah atau mengeratkan perhubungan yang renggang.



4.Keseronokan – kehadiran bayi dalam sebuah rumah tangga ialah sebagai pengerat kasih sayang pasangan.


5.Keturunan – anak bukan sahaja penyambung keturunan, sebaliknya anak ialah pembela nasib ibu bapa. Di samping itu, anak bakal mewarisi harta atau hutang yang kita tinggalkan.


6.Bukti kesuburan suami isteri – kelahiran anak sebagai bukti pasangan mampu melahirkan zuriat iaitu tidak mandul.


7.Penyambung – anak adalah penyambung hasrat ibu bapa yang selama ini tidak mampu dilaksanakan atas sebab-sebab tertentu. Misalnya, ingin menjadikan seorang yang berjaya atau berpelajaran tinggi. Tetapi hasrat itu tidak tercapai kerana pelbagai faktor, misalnya kemiskinan. Dengan lahirnya anak, mereka berhasrat ingin jadikan anak ini sebagai penyambung keinginan mereka. Jadi, mereka berusaha mendidik anak ini agar mampu menyampaikan hasrat mereka selama ini.


8.Pembantu – anak boleh membantu ibu bapa ketika susah misalnya sakit atau membantu tugas ibu bapa mencari nafkah.


Thursday, 7 April 2011

Menangani Anak Yang Suka Melawan Kata



Sepatah diucap, 10 patah dijawab. Tentunya ramai ibu bapa yang berasa sakit hati bila anak melawan kata-kata. Lebih memeningkan bila sikap tersebut sebati dengan diri mereka.

Pasti memalukan bila perkara ini terjadi di hadapan orang ramai, tentu ibu bapa dianggap tidak mengajar anak adab sopan. Bagi menghindari sikap negatif ini dari berterusan hingga dewasa anda boleh meng ambil pendekatan berikut:

1. Katakan sekali sahaja

Praktikkan dengan menggunakan kes anda sebagai contoh dan kemudian jangan mengungkit lagi. Biarkan sahaja komen kurang enak daripada anak anda. Jika perlu, tinggalkan situasi itu. Biarkan anak menyesuaikan diri dengan perkataan – Sudah!

2. Berikan mereka peluang merungut sedikit

Asalkan segalanya dilakukan tanpa melampaui batas, anda boleh memberinya peluang menyuarakan perasaannya. Pada kebiasa an nya, dia mungkin akan berkata: ‘Mengapa perlu saya buat begitu?” Namun, ingatlah bahawa persoalan itu tidak semestinya dijawab.

Lazimnya, bebelan si anak sebenarnya bermakna: “Saya akan buat walaupun saya sebenarnya tidak suka melakukannya.”

3. Tetapkan peraturan untuk berdebat

Sesetengah kanak-kanak sebenarnya suka berdebat tentang sesuatu isu. Jika anak anda suka idea ini, pastikan peraturan ditetapkan tentang bila dan bagaimana isu ini boleh didebatkan.

Misalnya, larangan meninggikan suara, tidak memanggil dengan nama yang bukan-bukan dan mendengar pandangan orang lain secara senyap. Syarat-syarat itu sebenarnya menjadi latihan terbaik untuk anak belajar bagaimana membuat pilihan dalam hidup pada masa hadapan.

Selain itu, anda juga perlu memahami kebenaran bahawa terdapat sesetengah perkara yang tidak boleh diperdebatkan. Ia menjadi hak mutlak atau sesuatu yang lebih baik untuk membiarkan ibu bapa membuat keputusan. Ibu bapa juga perlu memberikan satu jawapan standard andainya segelintir isu tidak boleh diperdebatkan. Contohnya, memberi jawapan seperti ‘perkara ini tidak harus dibincangkan’.


4. Berikan pilihan

Daripada sekadar memberi anak arahan, cuba tawarkan anak untuk membuat pilihan atau alternatif. Anak yang suka berdebat biasanya tidak akan mempunyai banyak peluang untuk berlatih kemahiran tersebut jika anda menawarkannya pilihan.

Misalnya, elakkan daripada berkata: “Buat kerja rumah awak sekarang juga.” Sebaliknya, anda boleh memberikan alternatif kepada anak dengan berkata: “Adakah awak mahu buat ulang kaji atau membasuh pinggan mang kuk dahulu?” Jika jawapan yang diberikan adalah “Bukan kedua-duanya”, mungkin anda boleh memberi senyuman manis dengan berkata: “Jadi, tiada satu pun antara dua pilihan itu yang awak mahu?”

5. Fikir balik

Anak yang melawan cakap ibu sekali sekala besar kemungkinan akan terus melakukan perkara yang sama atau keadaannya boleh bertambah teruk. Jadi, jika ibu bapa memberi maklum balas secara tenang dan dengan autoriti, tabiat buruk itu akan berhenti dengan sendirinya.

6. Jelaskan harapan anda

Luangkan masa untuk membincangkan perkara ini dengan anak. Beritahu anak tentang akibat yang bakal dihadapinya jika berlaku cakap-cakap di belakang. Antara akibat itu adalah anak hilang keistimewaan yang dinikmatinya sekarang seperti penggunaan telefon, menonton televisyen atau peluang melawat kawan.

7. Jangan biarkan

Bila-bila sahaja anak melawan kata-kata anda, hentikanlah perbualan itu dengan serta-merta. Jika perlu, keluarlah dari bilik atau tinggalkan anak sebentar. Sekiranya anak mengekori anda, jadilah seorang yang tenang tetapi tegas dan beritahunya bahawa anda tidak dapat bertoleransi terhadap sikapnya yang tidak menghormati anda. Apa bila berada dalam keadaan tenang, anda boleh memutus kan akibat atau hukuman yang setimpal untuk anak-anak yang melawan cakap anda.

8. Didik
Jika anak anda yang biasanya menunjuk kan rasa hormat tiba-tiba berubah sikap, renung matanya dengan bersungguh-sungguh dan berkata, “Apa yang awak sedang lakukan ialah melawan cakap dan ini tidak sesekali dibenarkan!” Teruskan perbualan itu jika dia tidak melawan kata dan pastikan anak memenuhi per minta an anda. Sebaliknya, elakkan dari pada berdebat mengenainya.

Semoga dengan cara ini dapat memberi peluang kepada ibu bapa dan anak-anak bertoleransi antara satu sama lain..

Sumber Asal: http://www.mingguanwanita.com.my
Untuk Pembelian Buku-buku dan Majalah Terbitan Karangkraf Secara Online, Layari Karangkraf Mall