::Mahligai Sakinah::

Showing posts with label Psikologi Dan Kaunseling. Show all posts
Showing posts with label Psikologi Dan Kaunseling. Show all posts

Thursday, 7 April 2011

Menangani Anak Yang Suka Melawan Kata



Sepatah diucap, 10 patah dijawab. Tentunya ramai ibu bapa yang berasa sakit hati bila anak melawan kata-kata. Lebih memeningkan bila sikap tersebut sebati dengan diri mereka.

Pasti memalukan bila perkara ini terjadi di hadapan orang ramai, tentu ibu bapa dianggap tidak mengajar anak adab sopan. Bagi menghindari sikap negatif ini dari berterusan hingga dewasa anda boleh meng ambil pendekatan berikut:

1. Katakan sekali sahaja

Praktikkan dengan menggunakan kes anda sebagai contoh dan kemudian jangan mengungkit lagi. Biarkan sahaja komen kurang enak daripada anak anda. Jika perlu, tinggalkan situasi itu. Biarkan anak menyesuaikan diri dengan perkataan – Sudah!

2. Berikan mereka peluang merungut sedikit

Asalkan segalanya dilakukan tanpa melampaui batas, anda boleh memberinya peluang menyuarakan perasaannya. Pada kebiasa an nya, dia mungkin akan berkata: ‘Mengapa perlu saya buat begitu?” Namun, ingatlah bahawa persoalan itu tidak semestinya dijawab.

Lazimnya, bebelan si anak sebenarnya bermakna: “Saya akan buat walaupun saya sebenarnya tidak suka melakukannya.”

3. Tetapkan peraturan untuk berdebat

Sesetengah kanak-kanak sebenarnya suka berdebat tentang sesuatu isu. Jika anak anda suka idea ini, pastikan peraturan ditetapkan tentang bila dan bagaimana isu ini boleh didebatkan.

Misalnya, larangan meninggikan suara, tidak memanggil dengan nama yang bukan-bukan dan mendengar pandangan orang lain secara senyap. Syarat-syarat itu sebenarnya menjadi latihan terbaik untuk anak belajar bagaimana membuat pilihan dalam hidup pada masa hadapan.

Selain itu, anda juga perlu memahami kebenaran bahawa terdapat sesetengah perkara yang tidak boleh diperdebatkan. Ia menjadi hak mutlak atau sesuatu yang lebih baik untuk membiarkan ibu bapa membuat keputusan. Ibu bapa juga perlu memberikan satu jawapan standard andainya segelintir isu tidak boleh diperdebatkan. Contohnya, memberi jawapan seperti ‘perkara ini tidak harus dibincangkan’.


4. Berikan pilihan

Daripada sekadar memberi anak arahan, cuba tawarkan anak untuk membuat pilihan atau alternatif. Anak yang suka berdebat biasanya tidak akan mempunyai banyak peluang untuk berlatih kemahiran tersebut jika anda menawarkannya pilihan.

Misalnya, elakkan daripada berkata: “Buat kerja rumah awak sekarang juga.” Sebaliknya, anda boleh memberikan alternatif kepada anak dengan berkata: “Adakah awak mahu buat ulang kaji atau membasuh pinggan mang kuk dahulu?” Jika jawapan yang diberikan adalah “Bukan kedua-duanya”, mungkin anda boleh memberi senyuman manis dengan berkata: “Jadi, tiada satu pun antara dua pilihan itu yang awak mahu?”

5. Fikir balik

Anak yang melawan cakap ibu sekali sekala besar kemungkinan akan terus melakukan perkara yang sama atau keadaannya boleh bertambah teruk. Jadi, jika ibu bapa memberi maklum balas secara tenang dan dengan autoriti, tabiat buruk itu akan berhenti dengan sendirinya.

6. Jelaskan harapan anda

Luangkan masa untuk membincangkan perkara ini dengan anak. Beritahu anak tentang akibat yang bakal dihadapinya jika berlaku cakap-cakap di belakang. Antara akibat itu adalah anak hilang keistimewaan yang dinikmatinya sekarang seperti penggunaan telefon, menonton televisyen atau peluang melawat kawan.

7. Jangan biarkan

Bila-bila sahaja anak melawan kata-kata anda, hentikanlah perbualan itu dengan serta-merta. Jika perlu, keluarlah dari bilik atau tinggalkan anak sebentar. Sekiranya anak mengekori anda, jadilah seorang yang tenang tetapi tegas dan beritahunya bahawa anda tidak dapat bertoleransi terhadap sikapnya yang tidak menghormati anda. Apa bila berada dalam keadaan tenang, anda boleh memutus kan akibat atau hukuman yang setimpal untuk anak-anak yang melawan cakap anda.

8. Didik
Jika anak anda yang biasanya menunjuk kan rasa hormat tiba-tiba berubah sikap, renung matanya dengan bersungguh-sungguh dan berkata, “Apa yang awak sedang lakukan ialah melawan cakap dan ini tidak sesekali dibenarkan!” Teruskan perbualan itu jika dia tidak melawan kata dan pastikan anak memenuhi per minta an anda. Sebaliknya, elakkan dari pada berdebat mengenainya.

Semoga dengan cara ini dapat memberi peluang kepada ibu bapa dan anak-anak bertoleransi antara satu sama lain..

Sumber Asal: http://www.mingguanwanita.com.my
Untuk Pembelian Buku-buku dan Majalah Terbitan Karangkraf Secara Online, Layari Karangkraf Mall

Monday, 21 March 2011

Stres....dan cara menanganinya

Stres adalah tekanan, tekanan, konflik, keletihan, ketegangan, panik, gemuruh, kemurungan dan hilang daya. Dan ia merupakan permasalahan popular pada abad ini. Pernahkah anda ingat, setiap kali kita berjumpa dengan orang ramai, mereka mesti mengatakan yang mereka selalu mengahdapi stres yang melampau dan dalam masa yang sama kita juga mengalaminya.

Stres bukanlah suatu penyakit tetapi jika kita tidak mengatasinya dalam waktu tertentu ia akan mengakibatkan kita mengalami banyak masalah dan yang paling utama adalah masalah kesihatan.

Melalui penelitian dan kajian yang dibuat:

-lebih dari 40 juta orang Eropah atau 1 dari 3 orang pekerja mengatakan merekam mengalami stres di tempat kerja

- Stres di tempat kerja adalah masalah kedua yang sering terjadi disamping masalah sakit punggung.

- Dari hasil kajian juga dikatakan bahawa lebih dari 1/4  pekerja tidak hadir selama 2 minggu dalam setahun kerana masalah kesihatan disebabkan oleh stres
(hasil kajian di Eropah)


Tips mengani stres:

1)   Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk 
      Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan        pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya,disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah diingati.

2)   Perbanyakkan membaca Al-Qur’an
Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.

3)   Banyakkan Solat Sunat
Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.

4)   Selalu berdoa kepada Allah
Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.

5)   Bersangka baik dengan Allah
Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang Berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan- Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.

6)   Lakukan kegiatan luar seperti bersukan
Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.

7)   Amal diet dengan disiplin yang kuat
Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis.

8)   Menangis dengan sepuas hati
Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. “Luaran lain hati lain” ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.

9)   Hargai kebolehan diri sendiri
Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.

10) Cintai diri sendiri
“Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain”. Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman. Kesimpulan Sebagai kesimpulannya, tekanan kerja bukanlah satu bebanan yang sukar untuk diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan penyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan dapat diselesaikan dengan jayanya

11) Senaman pernafasan.
Pernafasan membawa banyak manfaat, termasuk mengoksigenkan darah yang membangunkan otak, melegakan otot dan menteramkan minda kita. Tarik nafas melalui lubang hidung secara perlahan-lahan dan kuat dan hembuskan nafas melalui lubang hidung secara perlahan-lahan dan penuh . Semasa menhadapi tekanan, pernafasan menjadi lemah dan pantas. Bernafas dengan kuat merupakan satu cara yang efektif untuk mengekalkan keadaan tenang. Senaman pernafasan ialah berguna kerana ia boleh dibuat di mana- mana sahaja dan ia membawa kesan positif dengan serta merta. Kita hendaklah menjadikan senaman sebagai satu tabiat harian. 

     12) Tafakur (Meditation)
Apabila bertafakur bersendirian tanpa apa-apa gangguan , otak anda menjadi tenang dan hormon tertentu yang memajukan kesihatan dibebaskan. Minda yang senang dan lega membantu kita mengelakkan tekanan jiwa. Setiap hari kita perlu membelanjakan sekurang-kurangnya lolima belas minit untuk bertafakur. 

     13) Pengurutan (Massage).
Terapi pengurutan mengurangkan denyutan jantung dan melegakan badan anda. Ia juga menambahkan kecerdasan minda kita. Minta sahabat anda memberi massage atau dapatkan khidmat seorang professional bagi membantu anda. 

     14)  Kelegaan otot.
Berbaring, bersenang-senang dan dan membiarkan otot anda di muka, tangan, bahu dan leher mengendur sekuarang-kurangnya tiga minit. Latihan ini boleh dibuat mana-mana sahaja dan ini boleh membantu anda berasa tenang dengan cepat dan mudah.

      15) Muzik.
Terapi muzik mendatangkan banyak faedah kesihatan bagi mereka yang mengalami tekanan dan juga kesakitan yang teruk. Muzik yang sesuai boleh mengurangkan tekanan darah, melegakan badan dan mententeramkan minda anda. Anda perlu memilih muzik ringan dan yang anda sukai dan denganya setiap hari.