::Mahligai Sakinah::

Thursday 11 August 2011

Kenapa Dia Suka Hisap Ibu Hisap Ibu Jari?

Hisap jari adalah perlakuan biasa bagi kanak-kanak kecil. Perlakuan ini dapat memberi keselesaan dan rasa selamat kepada diri kanak-kanak itu. Namun ia boleh menjadi tabiat jika tidak dikawal.

Ada yang mengatakan bahawa sebahagian sahaja kanak-kanak kecil yang hisap ibu jari. Namun fakta menjelaskan bahawa semua kanak-kanak melakukannya! Keadaan ini membimbangkan ibu bapa kerana tabiat ini jika dibiarkan berterusan akan merosakkan gigi. Ibu bapa juga perlu tahu bahawa perilaku ini terbentuk secara semula jadi kepada seorang kanak-kanak kecil sama ada kerana lapar, mencari keselesaan, atau hanya ingin tahu mengenai anggota badannya. Jangan tarik ibu jarinya daripada mulutnya jika setiap masa dia melakukan tabiat itu. Tindakan ini tidak betul. Apa yang perlu, ibu bapa harus ingat bahawa tabiat ini akan beransur hilang apabila bayi mencapai usia tiga hingga enam tahun.
 
Kelaparan

Alasan lain hisap jari ialah apabila seorang kanak-kanak kecil telah selesai menyusu susu formula atau penyusuan ibu. Dia secara beransur-ansur akan menukarkan kepada jarinya. Ada pakar menyebut bahawa kanak-akan kecil yang diberi susu setiap tiga jam tidak akan menghisap ibu jari mereka berbanding yang diberi setiap empat jam.

Bagaimanapun, ada sesetengah anak kecil telah mula menghisap ibu jari mereka selepas ibu melahirkannya. Malah ada juga semasa dalam rahim.

Hisap jari juga bukan untuk mendapat perhatian jika dia melakukannya dalam beberapa waktu sebelum waktu makan. Ia bersikap begitu kerana dia lapar.

Namun jika selepas makan, masih menghisap ibu jari, ia petanda anda perlu menghentikan tabiat itu. Ingat, perilaku ini perlu segera dikawal sebelum ia berubah menjadi tabiat.

Menghisap puting Secara umumnya bayi yang menyusu susu ibu kurang menghisap ibu jari mereka. Ini kerana biasanya bayi akan menghisap puting payu dara ibu sehingga puas. Biarpun usianya sudah meningkat dua tahun dan payu dara ibu sudah tidak bersusu, dia tetap akan mencari puting payu dara.

Proses ini akan berlangsung antara 5 atau 6 minit sahaja dan ia sekadar untuk menghisap main-main sahaja atau sekadar melepas rasa “gian”.

Mengurangkan Penyusuan

Apabila bayi ini semakin besar, secara semula jadi dia tidak memerlukan penyusuan secara kerap. Bagaimanapun, jika dia masih mempunyai satu tabiat hisap ibu jarinya, anda perlu berfikir mempertimbangkan sama ada mahu meningkatkan jumlah penyusuan atau tidak. Secara amnya bayi perlu meneruskan untuk tumbesarannya.

Enam Bulan Masih Hisap Ibu Jari

Kanak-kanak kecil mempunyai satu desakan naluri untuk menghisap, tetapi desakan ini biasanya menurun secara semula jadi apabila usia tiga atau empat bulan. Jika anak kecil anda menghisap ibu jarinya biasanya melebihi umur ini, dia melakukannya untuk mencari keselesaan. Kanak-kanak sebegini dilihat sebagai seorang yang pendiam dan mudah kecewa dan sebagai jalan keluar dia akan melakukan tabiat itu.

Tumbuh Gigi

Bayi yang tumbuh gigi mempunyai satu tabiat menghisap ibu jari, jari atau tangan. Ini mungkin membantumelegakan tekanan dari gusi mereka. Ibu bapa harus cuba untuk tidak keliru dalam hal ini dengan tabiat hisap jari. Bayi yang mempunyai tabiat menghisap ibu jarinya, mungkin akan meneruskan tabiatnya walaupun dia sudah tumbuh gigi. Namun, lama-lama kelamaan tabiat itu akan hilang bila dia mula bersosial dan meneroka persekitarannya dengan lebih luas.

Kesan Negatif Hisap Jari

Menurut sebuah artikel yang dipetik daripada laman web Sihatselalu.com, kanak-kanak berusia bawah 6 tahun lebih berisiko tinggi bila menghisap jari atau puting botol kerana pembesaran bahagian mulut dan rahang mereka amat aktif. Apabila ada tekanan di lelangit, gigi dan rahang, ia dengan mudah mengubah bentuk asal bahagian mulut.

Banyak kajian pakar ortodontik mendapati amalan menghisap jari dan puting menjadi faktor utama perubahan struktur rahang dan gigi. Selain suka menghisap jari, gigi berlapis, bentuk gigi yang abnormal dan kehilangan gigi akibat rosak atau kemalangan juga menjadi faktor kepada pembentukan gigi jongang. Untuk mengikuti lebih lanjut tentang masalah jongang ini, ikuti kupasan lanjut bulan hadapan.

Tip Mudah

1. Jangan membuat anak anda berasa selesa apabila dia hisap ibu jarinya.
2. Jangan berleter kepada anak anda.
3. Cuba sibukkan dia dengan satu permainan apabila beliau mula mahu menghisap ibu jarinya.
4. Bina keyakinan kepadanya.
5. Jangan tarik ibu jarinya kerana dia cenderung untuk meneruskan tabiat itu.



Dapatkan Majalah Pa&Ma keluaran OGOS 2011 di pasaran.
Untuk Langganan :
Karangkraf Mall

Kenali Demam Sawan


Jika bulan lepas, kita mengetahui bagaimana menghadapi situasi anak demam. Selanjutnya pada bulan ini, anda perlu tahu bagaimana demam yang melebihi 40° celcius boleh menyebabkan anak terkena demam sawan atau febrile fits. NORHASLIZA YUSOFF menyediakan maklumat untuk membantu anda sekiranya menghadapi situasi anak terkena demam sawan.

APA ITU DEMAM SAWAN

Secara definisinya ialah sawan yang belaku akibat demam. Ia boleh terjadi kepada kanak-kanak di dalam lingkungan usia 3 bulan sehingga 6 tahun. Ia juga dikenali sebagai sawan tarik yang mudah berlaku jika suhu badan naik melebihi 40°C dalam tempoh hanya satu atau dua hari selepas demam bermula. Kanak-kanak yang pernah mengalami sawan demam ini juga berisiko mengalami masalah serupa kelak. Namun, sawan ini akan hilang dengan peningkatan usia berikutan sawan demam tidak berlaku di kalangan orang dewasa. Sawan akibat demam boleh menyebabkan otak terencat atau kematian akibat kekurangan bekalan oksigen ke otak jika dibiarkan berpanjangan (dikatakan tempoh lebih 30 minit).

Ciri-ciri

Sawan adalah keadaan di mana kanak-kanak tidak sedarkan diri dan biasanya diikuti oleh kekejangan atau penyentakan kaki dan tangan, mulut berbuih, mata hitam akan memandang ke atas dan pada tahap tertentu boleh termuntah, terkencing atau terbuang air besar.

Punca

Ia selalunya berpunca daripada sebarang penyakit bersama demam yang tinggi seperti batuk, selsema, jangkitan bahagian atas salur pernafasan, jangkitan telinga (penyakit otitis media) atau jangkitan kuman virus. Pada amnya, jangkitan ini adalah ringan dan tidak berpunca daripada jangkitan selaput otak (meningitis). Sawan ini bukan penyakit keturunan. Namun ada segelintir mengalami sawan tarik kerana mempunyai anggota keluarga yang mengalami sawan tarik.

Rawatan Lanjut

Untuk mendapat pemeriksaan lanjutan bagi memastikan bahawa anak anda tidak menghidap meningitis atau jangkitan selaput otak. Ini adalah kerana 17% kes demam sawan adalah positif untuk meningitis dan perlu diingatkan ia boleh membawa maut dan menyebabkan kecacatan kekal otak, tubuh dan lumpuh.

TINDAKAN ANDA BILA BERLAKU DEMAM SAWAN

Elakkan sawan berlaku Lap badan dengan kain basah yang menggnunakan air paip untuk menurunkan suhu badannya yang panas itu. Juga beri anak minum ubat secara konsisten seperti sirap paracetamol mengikut sukatan yang betul. Boleh juga memberi satu suppository voren 12.5mg (anak kecil) atau 25 mg (3 tahun ke atas) ke dalam punggung untuk mengurangkan demam mengikut nasihat doktor. Juga pakaikan pakaian yang nipis dan awasi selalu anak jika ia tidur di dalam buaian (udara panas terperap ketika di dalamnya). Pastikan bilik tidak terlalu panas dan sentiasa monitor suhu badan anak walaupun anda terpaksa berjaya malam!

Ketika Sawan

Jangan Panik! Tetapi bertindak pantas! Ingat jangan biarkan sawan ini berlaku lebih daripada 1 atau 3 minit sehingga 5 minit. Pantas baringkan anak anda mengiring ke kiri. Ia untuk mengelak muntah atau lendir masuk ke dalam paru-paru. Segera melonggarkan segala pakaiannya. Ada juga pendapat mengatakan langkah pertama segera masuk bilik air dan basahkan seluruh badannya untuk menurunkan suhu badan yang mendadak tinggi dan apabila anak kecil sudah sedar dari kejang dan mula menangis, segera lap badannya (berdoalah ketika ini pada tuhan supaya anak anda selamat).

Jangan beri minum air atau ubat ketika anak sawan. Juga jangan ambil sudu atau bahan-bahan keras dan meletakkannya di dalam mulut. Ini boleh menyebabkan luka yang teruk di dalam mulut. Ia juga boleh menyebabkan tercekik objek asing sekiranya patah. Jangan cuba sedarkan anak anda dengan menampar, menggoncang atau mengurut badannya.Usah cuba mengawal pergerakan anak sewaktu dia sawan kerana ini boleh mencederakan otot atau tulangnya. Pada masa yang sama cuba lihat jam pukul berapa ia berlaku dan pukul berapa ia tamat. Ini adalah kerana doktor perlu tahu berapa lama sawan itu berlaku. Kemudian segera bawa ke klinik untuk pemeriksaan doktor untuk memastikan tiada jangkitan di otak atau lain-lain penyakit untuk mencari dan merawat penyebab demam.

TIP MUDAH

1. Tanggalkan pakaian anak.
2. Baringkan mengiring untuk mengelak bendalir atau air liur memasuki peparu.
3. Mandikan dengan air paip untuk menurunkan suhu badannya dan jangan letakkan objek keras di dalam mulutnya.
4. Jangan biarkan sawan berlaku 3 hingga 5 minit. Segera bertindak!
5. Apabila anak sudah kembali sedar, segera bawa ke klinik untuk kecemasan ini.


Dapatkan Majalah Pa&Ma keluaran Jun 2011 di pasaran.
Untuk Langganan :  Karangkraf Mall

Tuesday 9 August 2011

Ajar anak-anak berpuasa

Saudaraku filah..Ramadhan tinggal menunggu detik riang rasanya hati ini bisa bertemu lagi dengan Ramadhan. Andai setiap bulan sepanjang tahun bisa menjadi Ramadhan..

Semoga Keriangan ini juga bisa dirasakan oleh anak anak kita. Tahun ini adalah tahun ke empat dia menunaikan ibadah shoum, dia sendiri sudah tak sabar menanti sejak sepekan yang lalu. Ia sudah menyiapkan jam weker untuk membangunkannya sahur. Shalat berjamaah di masjid pun tak perlu menunggu abinya pulang kantor.

Kali ini saya ingin berbagi tips melatih anak berpuasa dengan gembira berdasarkan pengalaman pribadi saja.

1. Ceria sambut Ramadhan
Sebelum Ramadhan tiba buatlah suasana rumah dan keluarga penuh keceriaan. Tradisi nyekar dan sungkem pada keluarga menjelang Ramadhan bisa membangun suasana hati anak. Sering bercerita betapa tak sabar seluruh anggota keluarga menanti datangnya Ramadhan adalah awal membangun suasana hati anak bahwa yang dinanti adalah sesuatu yang istimewa.

2. Hias Rumah dengan pernik pernik
Libatkan Anak untuk membuat berbagai poster dan tulisan yang menyemangati misalnya : "Anak Sholeh rajin Puasa " " Allah cinta anak berpuasa " "Anak ummi abi kuat menahan goda " dsb.

3. Buat papan prestasi.
Buatlah papan/karton yang berisi target Ramadhan anak dalambentuk tabel misalnya Puasa, Sholat 5 waktu, tarawih, bantu ibu, mengaji, sayang adik/kakak ( kalau mereka tidak bertengkar ) dll sesuai yang kita inginkan. Kemudian tandai tiap kolom yang sukses dilakukan dengan bintang. Bicarakan dengan ayah bentuk imbalan apa yang akan diberikan bila mereka sudah mencapai beberapa bintang. Jangan menunggu sampai Ramadhan usai karena waktunya terlalu lama buat anak.

4. Reward
Berikan imbalan pada setiap kebajikan yang mereka lakukan meski mereka hari itu gagal menyempurnakan puasa. Jangan mengejek atau memvonis bila mereka tak sanggup puasa pada hari itu tapi motivasikan mereka.

5. Sediakan makanan Kesukaan anak menjelang berbuka.
Anak juga dapat dilibatkan pada aktifita menyiapkan makanan berbuka. Ajak mereka menyiapkan makanan berbuka kesukaan mereka. Kalau mereka ingin menicipi tanggapi dengan senyum dan pengertian bahwa ibu tahu mereka lapar tapi nanti kalau sudah waktu berbuka akan lebih nikmat dinikmati bersama keluarga.

6. Sediakan alternatif kegiatan
Alihkan perhatian anak dari rasa lapar dan haus dengan menyiapkan alternatif kegiatan yang tidak membuat mereka berkeringat. Melukis besama teman temannya bisa jadi alternatif atau menyediakan tontonan CD anak anak sholeh.

7 Atur waktu tidur anak agar dapat bangun sahur pada waktunya
Jangan bangunkan anak terlalu awal sehingga mereka akan ngantuk di sekolah. Bangunkan anak menjelang pukul 4 dini hari. Sediakan menu yang menunjang aktifitasnya selama berpuasa. Usahakan anak minum susu pada saat sahur dan berbuka.

8. Pengghargaan hari kemenangan
Buatlah Piagam atau Piala sendiri, ajak ayah untuk terlibat membuat hadiah istimewa bagi anak. Piagam Penghargaan akan lebih lama diingat anak. Pajanglah Piagam Penghargaan itu sampai Ramadhan tahun depan.

Nah Anak Anak Sholeh Selamat Berpuasa..

copy link dari smart parenting by bunda arifah

PROGRAM SEPETANG BERSAMA WARDINA SAFIYYAH

Assalamualaikum


Syukur alhamdulilllah setelah seminggu berlalu, ramadhan karim dapat dirasai sehingga sekarang. Keberkatan ramadhan dan indahnya bulan ini tiada tandingan dengan bulan-bulan lain. Semoga kita semua tergolong dalam kalangan orang-orang yang dapat merasai nikmat shahruramdhan kali ini dan seterusnya. InsyaAllah...

Dan dengan pantas masa berlalu, seminggu sudah berlalu program sepetang bersama wardina safiyyah.  Program sulung Pertubuhan Mahligai Sakinah ini sememangnya membuka mata semua golongan ibu bapa dan bakal ibu bapa betapa pentingnya asuhan anak-anak dari awal usia anak mereka. Perkongsian mantap dari Ustaz Azariza Alawi dan Puan Wardina Safiyyah diketuai oleh Puan Nikmatul Zaikha sememangnya seumpama sejuta berlian yang tidak dapat didapati dimana-mana.

Permulaan sesi bual bicara (Pusingan Pertama) yang dibuka dan diluahkan oleh Puan Moderator kepada Ustaz Azariza "Apabila mati seorang anak adam,terputuslah segala amalan dari dia kecuali tiga kebaikan : sedekah jariah yang ikhlas , ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang soleh yang mendoakan kebaikan untuknya". Manakala Puan Wardina mendedahkan kepada suasana pendidikan dahulu dan kini serta pendekatan dan cabaran yang berbeza.

Pusingan kedua pula pendedahan kepada proses pendidikan anak-anak bermula dengan pendidkan di dalam diri ibu bapa  dan kaedah serta pendekatan yang digunakan untuk menyeimbangkan tangggungjawab dan tuntutan yang perlabai terutamanya sebagai selebriti dalam memberikan pendidikan kepada anak-anak berdasarkan kepada aspek yang digariskan oleh DR Abdullah Nasih Ulwan iaitu tanggungjawab pendidikan iman, akhlak, fizikal, intelektual, psikologis, sosial, dan seksual.


seterusnya diselang bersama sesi soal jawab dari peserta.




 Moderator bersama 2 orang ahli panel


Suasana sepetang bersama wardina..........



       

       

               

Itulah antara suasana sekitar Sepetang bersama wardina safiyyah .InsyaAllah program akan datang akan menyusul.......